Soalan Lazim

Apakah Xterm®?

Xterm® ialah sistem pengumpanan yang terdiri daripada komponen “Atas Tanah” (“AG”) dan “Bawah Tanah” (“IG”) yang mengandungi penarik / bahan makanan anai-anai, yang juga mengandungi bahan kimia yang bertindak perlahan dalam jumlah yang sedikit dan dibawa balik oleh anai-anai ke sarang mereka, menyebabkan keseluruhan koloni dihapuskan.

Seselamat manakah Xterm®?

Xterm® mengandungi bahan kimia pengawal pertumbuhan serangga, yang tidak memberi kesan yang menjejaskan kepada orang dewasa, kanak-kanak, mahupun haiwan peliharaan mereka. Di samping itu, umpan ini terkandung dalam kartrij yang selamat, dan kartrij ini pula ditempatkan di dalam stesen umpan yang tahan gangguan. Produk ini telah lulus syarat pendaftaran tempatan dan diluluskan sepenuhnya untuk digunakan di dalam dan sekitar rumah.

Mengapa guna umpan?

Xterm<sup>®</sup> asasnya ialah makanan anai-anai yang mengandungi bahan aktif yang bertindak perlahan, dan apabila dimakan dan dibawa balik ke sarang, akan dikongsi dengan ahli koloni yang selebinya dalam proses yang dipanggil trofalaksis. Koloni dengan perlahan-lahan menjadi lemah dan akhirnya runtuh. Proses yang menetapkan sasaran ini memastikan kesan yang paling hebat diperoleh daripada penggunaan bahan kimia yang minimum, sekali gus memastikan kos yang minimum serta kesan maksimum dengan menggunakan teknik yang mesra alam sekitar.

Apakah pengawal pertumbuhan serangga?

Pengawal pertumbuhan serangga (IGR) bertindak dengan merencat sintesis kitin dalam tubuh serangga. Kitin adalah komponen utama dalam rangka luar serangga, yang tanpanya serangga tidak dapat bersalin kulit dengan sempurna sewaktu proses metamorfosis dan ini mengakibatkan mereka mati.

Apakah kaedah kawalan anai-anai yang ada sekarang?

Selain daripada rintangan fizikal yang digunakan di sesetengah negara, kaedah kawalan anai-anai secara kimia lain termasuk rawatan tanah di bawah dan di sekitar bangunan untuk membentuk rintangan perlindungan. Ini sering melibatkan perlunya menggerudi beberapa lubang pada lantai di samping penggunaan bahan kimia dalam jumlah yang besar.

Pilihan lain di negara-negara yang membenarkannya ialah “rawatan tompokan” yang menggunakan debu arsenik trioksida. “Rawatan tompokan” bagi anai-anai yang menggunakan semburan cecair racun serangga tidak digalakkan kerana ia tidak mengawal koloni dan boleh membawa kepada kerosakan yang lebih teruk dan lebih berpanjangan kepada hartanah.

Apakah arsenik trioksida?

Sebatian arsenik digunakan sebagai racun serangga, racun herba dan racun tikus dari abad Ke18 hingga lewat abad Ke-12. Sebatian arsenik amat stabil dan setelah dirawat, objek yang mengandungi arsenik kemungkinan tidak akan dapat dinyahkontaminasi sepenuhnya. Penghapusan koloni jarang dicapai melalui cara ini.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan manfaat daripada penggunaan Xterm®?

Xterm® adalah salah satu kaedah pemusnahan koloni anai-anai yang terbukti. Koloni ini biasanya terletak di jauh di dalam tanah dan daripada bangunan yang sedang diserang. Xterm® mengandungi bahan aktif yang rendah tahap bahayanya, khusus ditujukan kepada sasaran, disimpan di dalam matriks umpan terbiodegradasi. Matriks ini amat gemar dimakan oleh anai-anai dan setelah anai-anai menemuinya, ia tidak akan berhenti makan sehingga koloninya mati*.

*Pernyataan ini berkenaan bagi tapak yang tidak melalui rawatan kimia yang diketahui sebelum proses pengumpanan ini.

Adakah saya perlu menggerudi lubang di dalam harta tanah saya dan mengepam bahan kimia ke dalamnya?

Tidak perlu menggerudi lubang untuk menempatkan  Xterm®. Stesen umpan Atas Tanah boleh dipasang menggunakan pita pelekat** dan stesen umpan Bawah Tanah boleh dimasukkan ke dalam rongga yang dikorek lebih awal di sekeliling harta tanah.

**Dalam sesetengah situasi, skru mungkin diperlukan untuk ,memasang stesen umpan ini dengan lebih kukuh.

 

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini?

Xterm® adalah sistem pengumpanan penghapusan koloni yang terpantas di pasaran. Penghapusan koloni dijangka berlaku antara 2 – 6 minggu dari masa anai-anai mula makan umpan tersebut. Kawalan koloni yang sangat besar mungkin mengambil masa beberapa minggu lagi. Namun ada khabar baik, iaitu, sebaik sahaja anai-anai mula makan umpan Xterm™ kerosakan pada hartanah anda akan berkurangan.

Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga yang saya perlu ambil apabila produk ini berada di dalam hartanah saya?

Kami tidak menggalakkan menyembur sebarang racun serangga apabila anai-anai dilihat kerana ini boleh mengganggu tingkah laku semula jadi anai-anai dan boleh menghalang mereka daripada makan umpan ini. Stesen umpan hendaklah diperiksa oleh kakitangan pengurusan perosak profesional anda. Gangguan tambahan boleh mengakibatkan tapak tempat mereka makan ditinggalkan dan menambah masa yang diperlukan untuk mengawal serangan ini.